Thursday, September 29, 2011

untuk SAHABAT



AS SALAM..
tuk bacaan sahabat2 ku sekalian..
copy paste jer.. ^^





Berikut ialah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat, tulisan seorang ulama' tersohor:
Seorang alim bernama Alqamah telah berwasiat kepada anaknya. Antara wasiatnya ialah:
"Apabila tercetus di hatimu berkawan dengan seseorang, pastikan jika engkau berkhidmat dengannya, dia boleh mengawal dirimu."
"Andainya kamu bersahabat dengannya dia boleh menghias dirimu, sekiranya pada suatu ketika kamu kekurangan belanja dia boleh berbelanja untuk kamu."
"Bersahabatlah sekiranya kamu hulur satu kebaikan lalu orang itu pun berbuat demikian, apabila melihat kebaikan daripadamu lantas dikutipnya dan dihimpun kerana menghargainya."
"Apabila melihat keburukanmu lantas ditutupnya, bersahabat rapatlah kamu kepada orang yang jika kamu meminta sesuatu (nasihat atau apa sahaja) lantas dia memberimu segera."
"Apabila kamu berdiam diri tidak meminta sesuatu darinya, dia menunjukkan rasa resah gelisah. Sekiranya bala menimpamu, dia merasa simpati dan bertimbang rasa."
"Bersahabatlah apabila kamu berkata sesuatu, dia mengiyakan sahaja. Sebarang perkara usaha sungguh-sungguh yang kamu hendak lakukan, dia segera memberi sokongan. Dia segera mengalah ketika berbalah denganmu."
Demikianlah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat yang sangat tinggi nilainya terutama bagi melaksanakan amal kebaikan dalam gerak kerja Islam.
Tingkat persaudaraan yang paling rendah ialah berlapang dada, manakala tingkat persaudaraan yang paling tinggi ialah 'ithar' iaitu mementingkan sahabat-sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri.


Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
عن أبي ذر قال قال لي النبي صلى اللهم عليه وسلم لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق

“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim

credit to : i luv islam


Thursday, September 22, 2011

:: mode:: rasa Biru.. ~~

AS SALAM..




"kau datang dan pergi sesuka hati mu..
oh..kejam nya dikau..kejam nya dikau pada ku"



haa..ko memang kejam dengan aku kan... macam lirik lagu tu cakap.. bila ko nak datang..ko datang..bila ko nak pergi..ko blah camtu tu je.. macam chip more pun ada jugak.. kejap ada..kejap tak ada.. 

aku ingat kan ko dah berubah.. tapi tak..ko tetap dengan peragai lama ko tu lagi.. ko suka hilang..aku tak faham apa motif ko nak hilang2 ne.. ko bosan ke dengan aku..?? ke ko dah tak suka dengan aku..?? ke ko memang dah ada orang lain..?? ke ko saja nak main2 kan aku je..haa..atau pon sebab aku setadi jauh dri ko..gtu..?? aku tak faham.. SUMPAH.. aku tak faham.. ok dulu bila ko buat perangai aku still boleh terima.. tapi bila ko buat hal masa ne memang aku tak blh dah.. so sekarang..boleh tak ko muncul n give me some reason.. walaupon reason tu mmg xblh d terima akal but at least give me some.. tak la aku terkapai2 macam ne.. aku penat dengan perasaan aku sendiri.. rasa macam kehilangan je.. kadang2 teringt ko..rasa macam nak nangis kuat2.. nak jerit kuat2.. tapi aku bukan jenis tu.. nak tunjuk2 sangat kat orang.. aku simpan tangisan aku tu sendiri.. aku jerit tapi dalam hati.. aku pendam je tau.. so tlg la faham perasaan aku.. ssh sngt ke..?  sedih..kecewa..marah pasal kau..!!




Saturday, August 27, 2011

koleksi sms Ucapan Raya..

As salam semua…

wahh..mentang2 nak raya baru sibuk nak menghapdate belog yg nth pape ne..haha !
memandang kan raya dah nak dekat..konfem2 la semua belog nak buat entry pasal raya kan..kan..kan.. termasuk aku la tu..  but itu mmg normal kan.. bila masuk bulan ramadhan semua buat enty ramahdhan.. bila dah pertengahan pose semua nak buat entry psl kuih raya.. nak dekat2 ujung bln pose plak buat entry psl shopping raya.. kan..kan..kan.. haha..! walau pun aku jarang hapdate belog ne..tp aku teramat rajin unuk membaca belog2 korang..wahh..panjang pula mukadimah.. 


ok..  actually aku nak kongsi sms ucapan raya yg aku dapat sejak beberapa tahun lepas g.. haa.. aku simpan tau.. bila inbox aku dah penuh aku akan salin balik sms2 tu dalam satu buku khas untuk sms2 yg bermakna tuk aku..haha.. sengal tak sengal..  so enjoy reading.. and..  koleksi ucapan kat bawah ne is my own collection ok.. I mean, yg aku pernah dpt..tak kisah la sander tu copy n paste dri mana..haha.. ada beberapa aku copy je.. lupa nak copy link..


ok.. jom baca..



(fevered neh)
 Sir lamb mud hairy ray year aid dell fit three,
young more lay year,
mar half zar hair bar thin..
sorry say year bar rough bar leg dairy london.. ^^



Bila Raya Line Bz gila,
Masa tu maki pun xada guna,
Maxis, Celcom, DiGi sumenya sama,
Org bijak x yah tggu raya, ucap skrg pun boleh apa,
Selamat Hari Raya..!

                                             
B4 the ramadhan ends,
B4 the battery dead,
B4 the operator BZ,
B4 the sms pending, 
Wish u all Selamat Hari Raya Aidilfitri.



Seiring salam seharum ganja,
kasih sebening heroin,
Dengan hati seputih syabu,
Walaupun dosa sekecil extacy.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin



Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.



Takbir raya mula bergema,
Ayam, itik terus menghilang, 
lembu kambing menjadi korban,
 Khinzir  tersenyum tanpa tekanan..
Selamat Hari Raya..  
(yg ne blh guna tak..? kalau tak boleh sy padam)





Kata di tulis sms di layang,
apa salahnya 7 sen kredit di buang,
di hantar pada kamu yang tersayang,
Meraikan AidilFitri penuh gemilang,
Hari lebaran ni tersenyum riang..



Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran aku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
  Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.


Masak lemang sambil berdiri,
Hendak makan di aidilfitri,
Nak hantar kad raya posmen dah cuti,
Sms saja dapat ku beri,
Bukan lupa tradisi,
Tapi ikut teknokogi terkini yang ada di hujung jari,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.



Membeli belah dipasaraya,
Sambil mengorat anak Pak Ali,
 Kalau puasa  Selamat Hari Raya, 
 Kalau tak puasa sambutlah Depavali
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.


Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak ada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwa.


(terfemes ^^)
Ampun dan maaf andainya,
Terkasar bahasa,
Tersilap bicara,
Termarah yang tak kena,
Tertanya tak tentu hala,
Tersasul yang tak sengaja,
Terpekik di telinga,
Terhantuk di kepala,
Terpinjam harta benda,
Termoody tak tentu pasal,
Terumpat bila2,
Teramacam2 lagi yg kena mengena.
semoga di maafkan..
selamat Hari Raya.!!






SELAMAT HARI RAYA ^^


p/s.. raya nanti jangan makan banyak sangat.. susah kalau berat badan naik nanti.. yela..korang pon tw kan yang next sem student puncak akan b'tambah.. so konfem kena rebut naik lif kan..  haha.!!
 kapasiti lif tu akan b'kurang.. sikit je dpt masuk dah overload.. sebab korang + aku dah jdi berat..
^^ bye..!






Sunday, August 21, 2011

suka senyuman itu (4)



“awak tak apa2..?” lepas je dia Tanya soalan tu..aku menangis…

“x Nampak ke..dah naik kebas da pipi ne?” dengan nada yang agak manja.. haha..

“semua salah saya..” dia tunduk.. aku pun jadi serba salah tengok dia buat macam tu..tiba2 rasa sakit tu hilang..

“eh..eh..tak pe..saya tak salah kan awak…saya tak apa2 laa..awak tak payah risau la.”

Q diam je.. tapi dia bagi aku satu senyuman..senyuman yang hambar.. aku tak suka senyuman hambar tu..then dia tunduk lagi..

“hey awak..dah laa..saya tak apa2 la.. tak payah sampai sedih2 macam ne..saya tak suka taw..”
then dia memandang ku dan terus membisu..

“ dear mr. Q..  dah laa..ne bukan salah awak.. tak perlu rasa bersalah sangat..ok..” aku terus memujuk sambil memberi kan satu senyuman yang agak manis and agak ikhlas la bagi aku.. dan kemudian dia senyum.. saat aku melihat dia mengukir senyuman..aku terdiam dan berfikir..hmm..

“eh..kejap…. kenapa saya yang kena pujuk awak..?? bukan ke awak yang sepatutnya pujuk saya..?? yang kena tampar tu saya kan..bukan awak..?? : |

“awak nak saya pujuk awak ke..?” dia membalas bebelan ku dengan kemacho’an..

“no thanks..!!” sepantas kilat aku menjawab..dan kemudian dia tergelak melihat reaksi aku.. dan aku pun ikut tergelak melihat caranya mengelakkan aku.. J

sejak dari kejadian tu..Q dan aku semakin rapat..dia selalu menghabiskan sisa2 masa rehatnya dengan membuat aku tergelak setiap kali dia datang ke kelas aku..

Pada suatu hari,

“buat apa semalam..? kenapa sekarang baru rush2 nak buat..? soal Q.. mana tak nya..dah lima minit dia masuk dan duduk sebelah aku..aku langsung tak layan dia.. hahaha.. homework tak siap lagi..!! tengah struggle ne..kalau tak..konfem kena makan oleh cikgu add math aku..haha

“semalam dah try buat..tapi tak reti nak buat..”

“susah sangat ke..?”

“ tak la..senang je..sebab tu la sampai sekarang tak siap2 lgi..” =.=” Tanya plak..

“ ea..padan muka..” dia gelak.. huhu..

“ adeii..kenapa la ‘senang’ sangat ne..kenapa rajah binatang juga yang dia suruh.. takde ke yang lebih susah ker.. kira rajah robot je..bangunan ke..adeii” ayat2 orang yang tengah fedup..haha

“bintang..?hmm..awak..saya ada bintang..awak nak tak..?”

“awak…binatang apa pula ne..? bintang yang ne pon da memening kepala..jangan kacau saya blh tak..?” aku agak bengang dengan dia..
dia hanya tersenyum…

 “ tapi saya ada bintang yang boleh buat awak sentiasa senyum bila tengok bintang tu..”

“haa..ada ke bintang macam tu..? hahaha..jangan merepek boleh..?”

“heii miss qyra..betul la…saya ada bintang macam tu..” dia menjawab dengan penuh keyakinan..“

“ok2..mr Q… mana bintang yang awak cakap tu..? saya nak tengok betul ke tidak..mana..? mana..?”   saja aku layan dia..nak tengok reaksi dia..haha

“saya boleh bagi awak benda tu..tapi dengan syarat..”

“ eh..bersyarat2 pula..hmm..apa dia..?” aku tertanya2..

“ syarat nya.awak kena jadi girlfriend saya dulu..amacam ada beran..??”

“haaa…???” ayat tu je yang mampu aku keluar kan..
dia tersnyum melihat reaksi aku..

“ hmm..xpe..saya balik kelas dulu ea..byee..siapkan homework tu cepat..



……………………………………………………………………………………………………………..

“ babe..ko apa hal..kenapa mata ko da macam panda aku tengok ne..? soal mye..

“ panda sangat ke..?? adeii.. ish..ko ne lagi mahu tanya ka..? I study sampai pagi ok.. macam ko tak tahu subjek chemistry ne susah macam haram jadah kan.. tapi lain la macam ko ne… subjek tu macam makan kacang  je kan..tak payah nak struggle sangat kan..” bebel ku di pagi hari.. hahaha

“dah habis ke..?” tanya mye..

“dah.. jom masuk kelas..” jawab ku ringkas..

“ relax2 dulu.. stella suruh kita tunggu dia kat sini..kat bus stop ne..”

“ budak tu nak apa plak.. macam tak boleh jumpa nanti.. aku nak naik.. nak study..” jawab ku..then aku blah dari situ..

“ miss qyra..jangan stress sangat laa.. gud luck babe..see you later..” jerit mye.. dia ne mmg suka menjerit laa..

dalam perjalanan nak masuk  dalam kelas..

“ qyra.. tunggu..”!! sambil melambai2 kan tangan nya kat aku.. siapa tu..? siapa la lgi.. mr. Q laa..

“ eh awak.. apa hal..?” soal ku..

“ boleh pulak awak tanya saya macam tu..? ishh..”

“apa kena dengan soalan saya”? aku pon da naik bingung.. tapi dia tak jawab soalan aku.. tapi dia bagi aku soalan balik..

“kenapa dengan awak ne..? muka tue…macam…..” soal nya sambil memandang tepat kat muka aku..

“ macam panda..? huh.. teruk sangat ke..?

“ eh..tak ada la teruk mana..tapi saya tengok macam panda sakit je.. pucat..” then dia gelak..

“sengal..!!”

“ ne mesti kes tak tidur malam sebab study kan..? hmm.. rajin nya girlfriend saya..”

“haa.. girlfriend..? ee..tolong skit..”

“eh..apa pula.. betul la.. kawan perempuan..kan..kan..kan..” jawab nya.

“ ow..ok fine..” hahaha… muka merah..malu…

“ala..tak payah la nak malu..” dia terus mengejek ku..

“dah..awak g la main jauh2..”

“ tak pe..saya hantar awak g kelas ok..”

“suka hati awak la..malas nak layan..”
sampai je kat kelas.. dia mengingat kan aku untuk stay back petang  tu..dia ada game.. bola sepak sepak anjuran kelab sains sukan.. 

“ awak ada game..? tapi kenapa saya kena stay back pula.. tak ada kena mengena kan..  lepas habis kelas saya nak tidur..ngantuk tahu tak..? ok la..awak balik la g kelas awak.. ok byee..”  bebel ku..

“tak pe la..” pendek je jawapan nya..eh.. merajuk ke..? haha.. ada ku kesah..



ambik dr google ^^


mcm biasa.. to be continue lgi.. =) 





Saturday, August 6, 2011

20 Kisah Kebetulan Yang Pelik Dan Lucu




1. Pada tahun 1979, majalah German - Das Besteran – mengadakan pertandingan mengarang.Para penulis harus mengirimkan cerita yang luar biasa, tetapi harus berdasarkan kisah benar.Pemenangnya, Walter Kellner dari Munich, akhirnya memenangi pertandingan itu dan ceritanya dimuat.Dia menulis tentang saat dia menerbangkan pesawat Cessna 421 antara Sardinia dan Sicily. Pesawatnya mengalami masalah di laut, mendarat di atas air, akhirnya ia terapung-apung dengan pelampung kecemasan cukup lama sebelum akhirnya diselamatkan.Cerita ini tidak sengaja dibaca oleh seorang warga Austria, yang namanya juga Walter Kellner, yang menuduh si Kellner dari Jerman telah menjiplak ceritanya. Kellner dari Austria mengatakan bahwa dia menerbangkan pesawat Cessna 421 melewati laut yang sama, mengalami masalah enjin, dan akhirnya harus mendarat di Sardinia. Jadi intinya,cerita yang sama, tapi dengan akhir yang berbeza.Majalah tersebut memeriksa kebenaran cerita mereka berdua, dan dua-duanya ternyata betul, bahkan hampir serupa.


2. Pada 28 Julai 1900, Raja Itali Umberto I makan malam di sebuah restoran di bandar Monza,dan ternyata pemilik restoran tersebut wajahnya mirip dengan raja. Nama pemilik restoran tersebut juga Umberto, dan nama istrinya juga sama dengan nama ratu, bahkan restoran itu dibuka pada tarikh yang sama dengan pelantikan raja.Pemilik restoran Umberto mati tertembak keesokan harinya.Begitu juga Raja Umberto.


3. Claude Volbonne membunuh Baron Rodemire de Tarazone dari Perancis pada tahun 1872. 21 tahun sebelumnya, ayah Baron telah dibunuh juga oleh seseorang yang lain yang juga bernama Claude Volbonne.


4. Pada 13 February 1746,seorang penduduk Perancis, Jean Marie Dubarry, dihukum mati kerana telah membunuh ayahnya.Tepat 100 tahun kemudian, tanggal 13 February, seorang penduduk Perancis juga, yang juga bernama Jean Marie Dubarry,dihukum mati,juga kerana membunuh ayahnya.


5. Pada tanggal 26 November 1911, tiga orang lelaki dihukum gantung di Greenberry Hill di London setelah terbukti bersalah atas pembunuhan Sir Edmund Berry. Nama mereka bertiga antara lain Green, Berry dan Hill.


6. Aktor asal British Anthony Hopkins gembira sekali ketika dia mendapatkan peran sebagai pelakon utama dalam film yang berdasarkan sebuah buku berjudul The Girl From Petrovka yang ditulis George Feifer. Beberapa hari setelah menandatangani kontrak, Hopkins pergi ke London untuk membeli buku tersebut. Dia mencuba mencari buku tersebut di beberapa kedai buku tetapi tidak ada yang menjualnya.Ketika menunggu kereta api untuk pulang ke Leicester Square,dia melihat ada sebuah buku yang tergeletak begitu sahaja di kerusi menunggu. Ajaibnya, ternyata buku tersebut adalah buku The Girl From Petrovka.Ternyata kebetulan itu tidak sampai di situ sahaja.Dua tahun kemudian,ketika sedang syuting film di Vienna, Hopkins dikunjungi oleh George Feifer, pengarang buku tersebut.Feifer menyebutkan bahwa dia kehilangan buku miliknya sendiri.Dia meminjamkan buku miliknya,dengan beberapa catatan tulisan tangannya sendiri kepada kawannya, yang kemudian kehilangan buku itu di suatu tempat di London.Dengan terheran-heran, Hopkins memberikan Feifer buku yang dia temukan.'Ini bukunya' kata Feifer sambil menunjukkan beberapa catatan di tepi halamannya?'Ternyata buku tersebut adalah milik Feifer.


7. Seorang tentera Inggris, Major Summerford, ketika sedang bertempur di daerah Flanders pada February 1918 terjatuh dari kudanya kerana tersambar petir dan dia menjadi lumpuh dari pinggang ke bawah. Summerford bersara dan pindah ke Vancouver.Satu hari pada tahun 1924,ketika dia memancing di tepi sungai, sebuah petir menyambar pokok di mana dia sedang duduk dan melumpuhkan tubuh bagian kanannya.Dua tahun kemudian Summerford sudah cukup sehat dan sudah boleh berjalan-jalan di taman.Dan ketika dia sedang berjalan-jalan di taman itu di musim panas pada tahun 1930,sebuah petir kembali menyambarnya, dan akhirnya melumpuhkannya tubuhnya secara kekal.Dia meninggal dua tahun kemudian.Tetapi petir nampaknya belum puas dan masih mengejarnya. Empat tahun kemudian,ketika badai, petir menyambar kuburan dan menghancurkan sebuah batu nisan. Siapa yang terkubur di bawah nisan itu?ternyata Major Summerford.


8. Pada tahun 1899 sebuah petir membunuh seorang lelakiketika dia berdiri di halaman belakangnya di Taranto, Italy. 30 tahun kemudian, anaknya mati dengan cara yang sama di tempat yang sama. Pada 8 October 1949, Rolla Primarda, cucu dari korban pertama dan anak dari korban kedua, menjadi korban yang ketiga.


9. Henry Ziegland mengira dia sudah berhasil menghindari dari takdirnya. Pada tahun 1883, dia memutuskan hubungan dengan kekasihnya.kerana stress gadis itu kemudian bunuh diri.Abang gadis itu sangat marah sehingga dia mengejar Ziegland dan menembaknya.Lelaki itu setelah mengira dia telah membunuh Ziegland, menggunakan pistolnya untuk membunuh dirinya sendiri. Tetapi Ziegland belum mati. Peluru tersebut, ternyata hanya menggores wajahnya dan bersarang di sebuah pokok. Ziegland jadi yakin bahwa dia lelaki yang bertuah.Beberapa tahun kemudian, Ziegland memutuskan untuk menebang pokok itu, yang masih ada peluru di dalamnya. Tugas itu nampaknya susah sehingga dia memutuskan untuk meletupkannya dengan beberapa dinamit.Letupan itu melontarkan peluru tersebut ke kepala Ziegland dan membunuhnya.


10. Cerita tentang kembar yang hampir sama hidup bersama biasanya menakjubkan, tapi mungkin tidak ada yang boleh menyamai cerita dua kembar yang lahir di Ohio.Pasangan kembar itu terpisah keika lahir, diambil oleh keluarga yang berbeza.Meski tidak saling mengenali, kedua keluarga yang berbeza sama-sama menamai mereka dengan nama James. Dan kebetulannya belum berhenti sampai di situ sahaja. Kedua James tumbuh besar dengan tidak saling mengenali, tetapi keduanya mencari latihan law-enforcement training, keduanya sama-sama memiliki kemampuan dalam menggambar mekanik dan mahir pertukangan, dan mereka sama-sama menikahi wanita yang bernama Linda.Mereka berdua punya anak lelaki, yang satu menamakan James Alan dan yang satu lagi menamakan anaknya James Allan. Kedua kembar itu juga menceraikan istri mereka, dan menikahi wanita lain – yang sama-sama bernama Betty. Dan mereka sama-sama punya anjing yang diberi nama Toy.Empat puluh tahun setelah mereka terpisah, kedua kembar itu berkumpul kembali, dan kemudian berbagi cerita kehidupan mereka yang ternyata hampir serupa satu sama lain (Source: Reader’s Digest, January 1980)


11. Pada abad ke 19, penulis seram terkenal, Egdar Allan Poe, menulis sebuah buku berjudul ‘The narrative of Arthur Gordon Pym’.Buku itu mengisahkan empat orang yang berhasil selamat dari kemalangan di laut, mereka berada di kapal di laut terbuka berhari-hari sebelum akhirnya mereka memutuskan untuk membunuh dan memakan petugas kabin yang bernama Richard Parker.Beberapa tahun kemudian, pada tahun 1884, sebuah kapal, Mignonette, tenggelam. Yang selamat hanya 4 orang, yang berada di kapal kecil berhari-hari. Kemudian diketahui, anggota kru yang lebih senior, membunuh dan memakan petugas kabin.Nama petugas kabin itu Richard Parker.


12. Pada tahun 2002, dua lelaki bersaudara kembar berumur 70 tahun mati dalam jam yang sama di jalan yang sama tapi kemalangan yang berbeza di Finland.Kembarnya mati ketika dia terlanggar kereta lori saat dia menunggang basikalnya di Raahe, 600 kilometer dari Helsinki.Dia mati hanya 1.5 km dari tempat di mana saudara kembarnya dibunuh. “Ini benar-benar kebetulan yang cepat diingat.Meskipun jalannya cukup padat, tapi kemalangan tidak terjadi setiap hari,”Petugas polis Marja-Leena Huhtala saat diwawancara Reuters mengatakan “Bulu aku jadi meremang ketika aku tahu mereka ternyata bersaudara kembar. Aku jadi berpikir mungkin yang di atas sudah punya rancangan untuk hal ini.” (Source: BBC News)


13. Joseph Aigner adalah seorang pelukis potret pada abad ke 19 di Austria yang nampaknya seperti seorang lelaki yang tidak bahagia.Dia beberapa kali mencuba bunuh diri. Pertama kalinya, ketika berusia 18 tahun dia mencoba gantung diri, tetapi dicegah oleh kehadiran seorang sami Capuchin yang misterius.Waktu berusia 22 tahun dia mencuba gantung diri lagi, tetapi dia lagi-lagi diselamatkan oleh sami yang sama.Lapan tahun kemudian, dia diajukan ke tiang gantung kerana fahaman politiknya.Sekali lagi, hidupnya diselamatkan oleh campur tangan sami yang sama. Pada usia 68, Aiger akhirnya berhasil bunuh diri, kali ini menggunakan pistol.Upacara pemakamannya dipimpin oleh sami Capuchin yang sama – seorang lelaki yang bahkan Aiger sendiri tidak pernah tahu namanya. (Source: Ripley’s Giant Book of Believe It or Not!).


14. Pada tahun 1858, Robert Fallon ditembak mati oleh kawan-kawan main pokernya.Fallon, menurut mereka, telah memenangi $600 dengan cara menipu. Setelah kerusi Fallon kosong dan tidak ada satu pemain pun yang bersedia mengambil uang $600 yang penuh sial itu, mereka kemudian menemukan pemain baru untuk menggantikan posisi Fallon dan memberikannya wang orang mati $600 tersebut untuk dipertaruhkan.Ketika polis tiba untuk menyelidiki pembunuhan, pemain baru itu telah melipatgandakan uang $600 menjadi $2,200.Polis meminta agar $600 yang asal diberikan kepada keturunan Fallon,dan ternyata pemain baru tersebut adalah anak Fallon, yang sudah tidak pernah bertemu dengan ayahnya selama 7 tahun! (Source: Ripley’s Giant Book of Believe It or Not).


15. Ketika Norman Mailer memulai novelnya Barbary Shore, dia tidak merancang menggunakan perisikan Rusia sebagai karakter dalam novelnya. Namun setelah dia menulis, dia mulai memperkenalkan perisikan Rusia sebagai karakter kecil.Semakin dia menulis, perisikan tersebut menjadi karakter utama.Setelah novelnya selesai, U.S. Immigration Service menahan seorang lelaki yang tinggal ditingkat atas Mailer di apartmen yang sama.Dia adalah kolonel Rudolf Abel, yang dicurigai sebagai perisikan Russian yang bekerja di AS ketika itu. (Source: Science Digest).


16. Pada tahun 1920, tiga orang lelaki Inggris melancong menggunakan kereta melalui Peru.Pada saat mereka berkenalan, hanya ada mereka di ruangan tersebut. Perkenalan mereka tidak pernah mereka bayangkan sebelumnya.Lelaki pertama nama akhirnya Bingham, dan Lelaki kedua nama akhirnya Powell.Lelaki yang ketiga ternyata bernama Bingham Powell.


17. Pada tahun 1975, ketika sedang menungang motorsikal di Bermuda, seorang lelaki mati setelah terlanggar sebuah teksi.Setahun kemudian, abangnya mati dengan cara yang sama.Bahkan, dia menunggang motorsikal yang sama.Tidak hanya itu, dia juga dilanggar oleh pemandu teksi yang sama, bahkan teksi itu sedang membawa penumpang yang sama!.

18. Tahun 1950 di bandar Nebraska 15 orang anggota paduan suara seharusnya berkumpul di gereja pada jam 7.20, dalam hidupnya mereka jarang sekali terlambat, bahkan hampir tidak pernah, tapi mereka semua datang terlambat pada hari itu kerana pelbagai alasan, tiba-tiba saja pada jam 7.25, gereja itu hancur dilanggar pesawat. 15 orang itu selamat secara kebetulan.


19. Tahun 1976 seorang bayi jatuh dari lantai 14 dan mendarat tepat dalam pelukan seorang lelaki inggris yang bernama Joseph Figlock, setahun kemudian seorang bayi kembali jatuh dari lantai yang sama, dan kembali diselamatkan oleh Joseph Figlock.


20. Seorang wanita belanda menemukan cincinnya sendiri yang telah lama hilang, dalam kentang yang hendak dia makan,kemungkinan cincin tersebut jatuh ke ladang kentang dan akhirnya berada dalam kentang.




sumber: http://www.fcukz.co.cc/    << entry dri belog feveret aku.. :)



Friday, August 5, 2011

MeMori RamadhanKu..

As Salam..

05/08/2011 ( Ramadhan 5)
syukur alhamdullilh aku masih d beri peluang untuk bernafas hingga hari ne..nak2 lagi pada berpuasa d samping family yang ku cayangi <3
hehe..tak macam ramadhan yng lepas..aku terpaksa berpuasa without my family..yela.. demi menunaikan tanggungjawab sebagi seorang setudent.. cheewahh..
sbelom ne mmg tak pernah berjauhan dengan family..nak2 lagi bila bulan puasa..perghhh..mmg lain terbaekk laa..selama ne bila bangun sahur mak ngan bapa yang kejut kan..makan sahur sama2..berbuka sama2..solat sama2..tapi ramadhan lepas.. : (


bila sahur..roomate yang kejutkan.. kalau tak pun housemate lain yang kejut.. pastu bersahur dengan 2 3 keping roti.. tak pun dengan se'cup maggi.. macam la tak de nasi kan...ade je jual kat cafe raffel tu..cuma malas je nak turun g beli.. aku ingat lagi time first puasa.. dalam pukul 4 camtu...aku tunggu parents aku call aku..yela..first puasa then first puasa aku tak ada dengan dorg..tunggu punya tunggu... xda pon yang call.. time tu memang sedih gila..tertanya2 kenapa drg tak call..drg tak rasa ke kehilangan aku ker..?? hmm..last2 aku yang call bapa.. tanya khabar..tanya drg makan apa tuk sahur tu..tp my dad diam je..macam tak nak bagi tahu...but aku tahu sebenarnya dia tak nak aku sedih.. tak nak aku nangis..tapi aku tak tahan laa.. aku nak juga mengadu kat bapa aku makan apa tuk sahur masa tu..aku cakap kat dia yang aku makan maggi je..pastu aku dia diam..huhh..sedih kot nak ngadu2 camtu..lastly aku off je fon tu..tak tahan..pastu g layan sedih.. hakhakhak..


bila berbuka..giliran mak pula yang call..asyik tanya aku makan apa tuk berbuka... lagi pun kalau bulan puasa ne..memang aku la yang jadi assistant chef tuk mak aku.. masa aku takda so mak aku je la yang jadi chef kat rumah..kesian dia...

 tapi lama kelamaan, aku dah boleh biasa kan diri.. Alhamdullilah.. ne semua berkat doa dan nasihat parents aku..dan juga support dri housemate2 ku masa tu..hehe..
dan yang paling penting dapat beraya dengan family syawal lepas..

apa pun..aku tetap bersyukur.. sebab bila d fikir2 kan..ada orang yang lebih kesian daripada aku..
tapi apa yang paling penting sebenarnya puasa dan amalan kita tu d terima oleh ALLAH S.W.T
InsyaALLAH.. :)








p/s- Rindu nak pegi Baazar Ramadhan kat Padang UiTM ari tuh.. =P





Sunday, July 31, 2011

Tips2 Berpuasa..


As Salam..

nak share dengan u guys a simple tips bila berpuasa ^^

Makanlah “Karbohidrat Kompleks” Saat Sahur
Jangka waktu kita berpuasa sehari memakan masa selama berjam-jam, kita harus mengambil apa yang disebut sebagai ‘karbohidrat kompleks ‘ atau makanan yang lambat dicerna oleh tubuh, supaya dapat mengurangkan rasa lapar pada siang hari. Karbohidrat kompleks boleh didapati dalam beras, gandum, dan kekacang. Makanan-makan yang diperlukan selama bulan berpuasa diantaranya roti, bijirin, susu, ikan, daging, sayur dan buah. Pengambilan buah-buahan setelah makan adalah sangat dianjurkan.

 Pengambilan Glukosa Saat Berbuka
Setelah seharian menahan lapar dan dahaga tentunya tenaga kita berkurangan, untuk memulihkan tenaga kembali, saat berbuka makanlah karbohidrat sederhana yang terdapat dalam makanan manis. Makanan yang mengandungi gula mengembalikan secara instant tenaga kita yang berkurang seharian. Kurma adalah makanan yang paling direkomendasikan. Selain mengandungi gula, kurma juga mengandungi serat, karbohidrat dan magnesium. Bahkan sejak zaman Rasulullah SAW kurma banyak dambil saat berbuka puasa dan telah menjadi Sunnah Rasul.

Hindari Makanan Segera
Kurangkan pengambilan makanan cepat saji/makanan segera dan bergoreng, kerana jenis makanan tersebut dapat menyebabkan gangguan pencernaan, sakit pada ulu hati, dan masalah peningkatan berat badan.

Pengambilan Air yang Cukup
Ambillah air dan jus antara waktu berbuka puasa dan waktu tidur untuk menghindari dehidrasi dan untuk detoksifikasi sistem pencernaan saat berpuasa. Hindari pengambilan kafein dalam jumlah yang besar terutamanya ketika waktu sahur.

 Tetap Olahraga
Melakukan olahraga ringan seperti peregangan otot atau berjalan kaki saat berpuasa adalah sangat disarankan. Selain membantu menjaga berat badan, olahraga juga berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan menjaga kesegaran tubuh anda.


TIPS BEBAS BAU MULUT
1. Elakkan memakan hidangan yang beraroma ‘aduhai’ seperti petai, bawang mentah sewaktu bersahur.
2. akhiri sahur dengan memakan buah buahan.
3.    Selesai makan sahur, banyakkan meminum air.

4.    Berkumur dengan antiseptik untuk menghilangkan bau mulut.
                                                                                                                                                                                      Sumber: inhealthbeauty


SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BERMAKNA.
SELAMAT BERPUASA :)
^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...